Wednesday, December 28, 2011

I won't run, I won't fly, I will never make it mine without you.

HAI










SAYA ADA HEADER BARU !











ITU SAHAJA YANG SAYA MAHU BERITAHU, HEHE.








SELAMAT MALAM, MIMPI INDAH.

Saturday, November 5, 2011

When the rain is blowing in your face.

I miss blogging.





Seriously,

I have loads and loads of things to share 
but, I just don't know where to start 
and I ended up keeping things to myself.


















I wish I could have the old me back, I'm better off that way.









I miss you Adzrin Nadzirah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Anyway, I just graduated. 


Yup, that's me.
That person in the middle of everyone.






Goodnight...

Tuesday, September 13, 2011

We all go round and round, partners are lost and found.

Assalamualaikum selamat petang

Saya sedang bersenang lenang di rumah ni. Sambil minum shake, sebab lapar satu hari ke sana ke mari. Nasib baik ada shake kenyang diriku ini.

Sooooo, how's life huh? Haha tah pape gila soalan. Saja saja tanya macam tu, saya baru 2 hari buka semester baru untuk Bachelor. One word, TIRING. Ye lah mana tak penat, satu hari pergi panjat campus tu boleh settlekan satu benda je. Ni 2 hari, baru settle dua benda which is semalam dapat file hijau, harini dapat contact Penasihat Academic. Lain-lain, apa pon tak jalan.

Bachelor ni tak sama macam Diploma. 
Reason:
1. Dah tukar course from Diploma in Investment Analysis sekarang dah jadi Bachelor (Hons) in International Business. 
Ye, saya tukar line. Sepatutnya kalau course saya sambung Bachelor (Hons) in Finance. Akan tetapi yours truly ni terpaksa akur dengan takdir untuk berubah arah. Okay bukan salah takdir, saya yang menentukan sendiri. Saya yang memang tak nak buat Finance. Alaa nak cerita panjang panjang kenapa amik IB sekarang memang belit, senang cerita sebab PIN and password masa isi borang online tu hilang, bila jumpa dah tak sempat nak betulkan pilihan course. Hihi, my mistake I know.

2. Close friends cum family from Uitm Johor dulu semuaaaaa dapat Uitm Shah Alam.
Okay, ni part yang nak buat saya beremosi ni. Management Uitm kan dah pecahkan faculty kitorang kat dua tempat ikut courses, so Finance still kat Shah Alam, IB pulak kena transfer pergi Puncak Alam. So here I am now, buat Bachelor kat Puncak. The campus is not bad, surroundings okay, cuma nak kena berkenalan dengan course mates baru. Okay tak semua dapat Shah Alam, Intan dapat Puncak Alam jugak. Tapi tak rapat sangat pon dengan dia, okay okay je lah, tapi tak bercerita rahsia pon haha. Tapi dia pon dah ada kawan kawan from course lain. So all in all just nak kena adapt dengan new place. ( Tak berapa new pon sebab masa cuti dah kerja 2 bulan kat situ haha)

3. Belajar & duduk rumah sendiri dengan family setelah 8 tahun berjauhan.
Haha tragic sangat bunyi dia. Betul apa 5 tahun duduk hostel (Semashur) 3 tahun duduk kat Johor (Diploma Uitm) tiba tiba duduk rumah pulak sekarang, sorang sorang pulak tu. Adik badik semuaaaa belajar kat Arau lah, Kuantan lah, Cyberjaya lah. Jadi anak tunggal lah saya sekarang ni. Boring gila asyik kurung diri dalam bilik, drive pergi class sorang sorang paling tragic T_T. Dulu tinggal kat hostel dan kolej dgn beratus orang, duduk rumah sewa dengan 10 orang, naik kereta beramai ramai, nyanyi lagu sama sama, happy nangis sama sama, gossip sampai tertidur. Sekarang ni gossip dengan mak je lah ye. Itupon dia balik kerja dah penat, tidur awal. Takpelah, balas jasa ibu bapa pon apa salahnya kan? Ni lah masa nak berbakti kat rumah and mereka sementara masih ada masa. :)
*okay sambung mengarang balik. tadi mummy call lepas tu dia merajuk sebab saya tersalah menggunakan nada bercakap di telefon. harap maaf mummy*


4. Selama ni share duit minyak kereta, sekarang share dengan diri sendiri.
Dulu naik kereta orang, kalau nak guna baru isi minyak, sekarang bawak kereta sendiri, guna tak guna kena isi minyak, mahal, ulang alik jauh, panjat puncak, kena rempittttttttttttzzz okayzzz. -__- Tak boleh bawak kereta slow slow nanti rasa macam tak sampai sampai kat campus. Teruk betul macam ni. Tapi takpe, kena cari gang, tadi dah jumpa sorang budak BJ yawll. Nanti boleh car pooool. Mandi swimming pool pon boleh.

5. BECAUSE IT'S BACHELOR BABY, NOT DIPLOMA!
Haha kan tu reason paling senang. Well, baru 2 days je pon. Nanti dah happy, galak bagai tak ingat apa tak emo langsung. Ahaha, kawan kawan bersedialah untuk lupakan saya, saya nak lupakan anda semua ni. Ngeheheh lagi lagi Syidaaa, asyik rindu je dia tu sampai demam terus. Kesian awak, alah I'm just one call away, selang beberapa section di Shah Alam sahaja. :D 


So, that's all for today. Tengok lah kalau free and rajin saya akan post apa apa lagi ya.

Take care, Garnier. 
Because it's Maybelline. 

Lol, buh bye lovesssss!

Thursday, August 18, 2011

Perasaan nak berteman lelaki membuak buak?

Assalamualaikum.

Salam ramadhan kawan kawan. :)
Mesti semua tertanya tanya kenapa lah bulan ramadhan ni saya nak buat post bukan bukan ni? Takde lah, tengah berborak dengan Syida pasal isu ni so terfikir macam macam dalam kepala otak. So, mari kita kupas faktor faktor kenapa perasaan membuak buak?

1. Umur.
Umur dah meningkat dewasa, makin hari terasa makin tua. Ramai pulak tu kawan kawan dan orang sekeliling yang sebaya dah berkahwin. Mesti lah rasa diri ketinggalan di belakang.

2. Video.
Kebanyakan orang kahwin zaman sekarang buat video best best, tangkap gambar cantik cantik. Memang lah semua orang pon bernafsu nak kahwin.

Eh jap, aku rasa aku lari topik. Perasaan berteman lelaki, bukan perasaan nak berkahwin kan? Hahahahahahaha okay rasa sangat bongok. Malas lah nak sambung macam ni, dah malu.

Sebenarnya perasaan tu membuak buak sebab nak rasa ada orang teman, rasa macam sunyi je hari hari. Tapi kalau ada pon susah jugak, nak buat itu ini lah, nak gaduh lagi lah, macam macam. Lagipun dah 2 tahun single. Okay nothing to be impressed with pon kan. Tu lah padahnya, kalau sebelum ni tak pernah berboyfriend lah senang cerita, takde hal pon kan, takde nak sedih lah sunyi lah bagai. Tapi sebab dah terjebak, pastu bila dah tak ada balik memang lah susah nak hidup cool macam sebelumnya.

Eh tapi saya okay je, takde pon nak sunyi ke nak sepi ke sedih ke saja saja je cakap pasal ni, sebab boring takde orang nak teman shopping harini. Bulan ni asyik shopping je padahal duit pon dah suam suam kuku dah ni. Nak kena bekerja keras lagi lah bulan ni nak kumpul duit. Mari!

Alahai apa yang saya dah tulis ni rasa macam melalut pulak. Dah type so tak sampai hati untuk tak post. Okay lah, lepas ni nak post sesuatu yang lebih serius.

Sunday, August 7, 2011

Secrets.

‎"Tell me what you want to hear, something that were like those years, I'm sick of all the insincere so, I'm gonna give all my secret away." - One Republic.

Tuesday, July 12, 2011

Finding reasons to hate you more than before

Dah dua tahun tak update blog, busy.

Maklumlah, kerja 8 hari seminggu. Jangan jealous okay! -__-"

Nak upload gambar, camera pon takde, laptop pon tunggu masa je nak Innalillah. Harap harap bukan dalam masa terdekat ni ye sayangku. Muah muah.

Badan lenguh lenguh sejak jadi buruh kasar ni. Haha eh, dari dulu memang dah kasar pon. Jadi buruh tu tak berapa nak baru sangat lah, okay okay je.

Tapi sejak kelmarin, baru faham perasaan orang jual air kat pasar malam. Sekarang dah tau kenapa kat pasar lelaki yang jual air, bukan perempuan.

Seterusnya, rindu kat kawan kawan.

Seterusnya lagi, rindu kat yang bukan kawan.

Serta seterusnya lagi, rindu kat kau.

Kau lah, yang tengah baca post ni sekarang. :)

Nak tidur. Bye bye Si Kunang Kunang.

Friday, May 27, 2011

Some pages turn, some bridges burn, but there were lessons learnt.

No, I don't know what is up to me, I laugh too much recently. They don't know much about us... - Random Awesome, Yuna.

Selamat 12:57 pagi. :)

Hari ini saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah, mari senyum beramai ramai untuk saya. Saya gembira, anda semua jugak sudah tentu gembira. (Ceh tak ada kena mengena langsung)



Sebab gembira ada dua.




1) Biarlah rahsia :') *Gembira dan sangat lega*





2) "Jalan-jalan cari makan bersama Encik Bud." - Mission accomplished.
Best wooh berjalan-jalan atas dasar mencari makanan. Ngap ngap ngap.
Tapi kedai yang di singgah harini biasa je, kedai kedai yang selalu makan.


Mula mula jumpa double J.





Lepas tu MAKAN TIME!


 







Last sekali sebelum balik bag kegemaran untuk ke kelas dan bershopping bertukar hak milik. Terpaksa bagi atas sebab mengecewakan orang lain secara tak sengaja. T_T




Dah bertukar jadi cerita sedih lah pulak, tadi elok elok gembira. Dah lah taknak tulis lagi. Oh ada lagi satu sebab untuk bersedih, hubungan kitorang dah terputus, kan awak? "CALL tak kan angkat, SMS ignore, WALL POST buat bodoh, IM takkan jawab" Woah :O Dahsyat betul hukuman. Tapi dia dah langgar dulu, tiba tiba je pergi Im OH kat fb tadi haha, bongok.






Okay nak tidur penat gila drive, mengantuk gila babs. Selamat!

Thursday, May 26, 2011

She's just above the stars.

Current Obsession:



Watched "Something Borrowed" few days back.

Felt like I was being slapped by the story line,
and most of the things that they said,
and I figure out something,
the lesson that I learned from the movie is,
something big.














"Make a decision."














I - have - to - DECIDE.
It's a MUST, to MAKE A DECISION,














and I must forget you. Yes, you!














Oh heyyyyyyyyy, congratulations friends!
We are now officially a fresh graduate! :D

Till then, toodles.

Saturday, May 21, 2011

Sometimes, the person you want the most, is the person you're best without.

Pernah tak rasa rindu sangat kat orang yang korang tau korang tak sepatutnya rindu? Mesti pernah kan? Persoalan pertama, kenapa tak sepatutnya rindu? Sebab pertama: Orang yang korang rindu tu bekas kekasih yang pernah sakitkan hati kaw kaw shit? Sebab kedua: Orang tu ialah artis yang tak kenal korang langsung? Sebab ketiga: Orang tu ialah secret admire korang yang korang tak pernah bertegur sapa pon. Sebab keempat: Orang tu ialah kawan korang yang pernah ada masalah dengan korang tapi tak pernah nak settlekan dengan cara baik? Dan banyak lagi lah kan sebab sebab lain yang munasabah untuk kategori "tak sepatutnya rindu" ni.

Dalam kes aku, aku taknak lah bagitau dia duduk dalam sebab ke berapa sebab aku tak mention pon sebab apa aku cakap orang tu tak patut aku rindu. Tapi memang munasabah betul lah sebab apa aku tak patut rindu orang yang aku rindu ni. Kejap, aku sebenarnya tak pasti jugak yang aku ni rindu dia ke apa, yang aku tau dia selalu sangat sangkut kat kepala otak aku. Kalau aku tengah tak buat apa apa mesti teringat, kalau tengah buat apa apa pon kadang kadang teringat jugak. Ni aku tengah menulis ni sebab teringat lah kot, tadi tak ingat pon, tapi lepas pilih nak letak status tu, terus teringat.

Siapa dia manusia yang aku teringat sangat ni? Itu pon aku taknak bagitau. Kalau korang nak korang main teka teka lah, mungkin dia ex aku, mungkin dia kawan aku, mungkin dia family member aku, atau mungkin dia siapa siapa je lah kan. Aku tulis ni pon sebab aku rasa macam nak salurkan beban di kepala otak ni supaya aku tak ingat sangat. Ceh ceh beban lah sangat kan? Tak beban pon, biasa biasa je lah tak effect apa pon, kan dah habis diploma, tak ada apa sangat nak fikir haha. Sila jangan cemburu. Eh cemburu? Weird gila guna perkataan tu hahahaha.

Sebenarnya aku tengah cari sebab ni, kenapa makhluk Allah yang sorang ni boleh sangkut dalam kepala otak aku. Padahal banyak lagi orang lain boleh sangkut kan? Bagi lah Johnny Depp ke, emm siapa lagi artis hensem hensem? Okay aku tak kenal artis, patut pon tak boleh nak sangkut haha. Aku boring sebenarnya ada dalam keadaan macam ni, ada rasa tak seronok. Ala aku cerita lah sikit, dia ni sebenarnya rapat dengan aku sebelum sebelum ni, lepas tu ada benda jadi buat kitorang jadi tak rapat. Lepas tu dah make up balik, settle kan benda tapi entah settle tapi tak habis kot. Lepas tu benda tak jadi macam dulu balik, maksudnya macam masa sebelum ada masalah tu lah kan, so aku rasa macam tak sedap.

Entah lah, sedih jugak kadang kadang fikir, lepas tu tengok gambar gambar lama mahupun baru. Rasa macam ruginya lah bergaduh berperang dingin bagai. Kan bagus kalau masa masa tu digunakan untuk merapatkan silaturrahim, mesti perasaan macam ni tak wujud. Kan kan? Setuju tak setuju? Tolong lah setuju please. Tapi nak buat macam mana jugak kan, itu dah tertulis, takdir Tuhan. Aku tak salahkan takdir pon, jangan risau.

Tak apa lah, yang dah lepas tu biarlah lepas. Aku tau cakap je memang senang, sebab aku ni lagilah jenis walaupon benda tu dah berlalu, selagi tak ada jalan penyelesaian, selagi yang bersalah tak mengaku salah, selagi benda yang sepatutnya buat tak dibuat, selagi tu lah hati aku tak tenang. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Hah, aku pon tak tau apa kena mengena dengan pepatah tu.

Wah aku tak sangka dah panjang dah aku membebel ni. Dulu aku pernah tanya si dia yang aku teringat ni, aku rasa aku ni banyak sangat bercakap membebel apa semua, patut ke aku jadi pendiam je atau berubah ke apa ke, dia ni terus bangkang cakap tak payah, "kau jadi je diri kau". Yelah betul lah tu, tapi dia pon jarang jarang nak bercakap dengan aku lagi, apatah lagi nak dengar aku bercerita dan membebel kan? Dulu aku selalu lah jugak berkongsi cerita dengan dia. Tapi itu semua hanya sementara. Hanya lagu yang menjadi ingatan, hanya lagu yang menjadi kenangan. Eh termenyanyi pulak haha.

Dah lah, taknak cakap pasal tu lagi, sekarang nak cakap pasal cuti 4 bulan. Aku setakat ni duduk rumah je lah tak bekerja lagi. Oh tak tak, aku lupa pulak aku ni Independent Distributor Herbalife. So aku ni kira macam sentiasa employed lah walaupon unemployed kan? Hah sesiapa yang rasa rasa macam nak cuba product Herbalife ni tapi segan ke, malu ke, ragu ragu ke, tak yakin ke, boleh lah tanya aku. Kalau malu nak tanya kuat kuat, bisik je lah kat telinga aku ke?

Tapi jangan risau lah, product ni Insyaallah setakat ni memang berkesan. Bagitau je apa masalah korang, banyak lemak, kurang lemak, nak otot lebih, nak ramping macam semut, nak kulit licin macam aku, eh bukan macam tomato ke, tengah mengandung, lepas mengandung nak turunkan berat jadi anak dara balik, semua masalah tu Insyaallah dah ada orang yang pernah selesaikan guna produk Herbalife ni.

Aku pon tak suka jugak nak kepoh kepoh, aku tak reti pon nak approach orang, tapi setakat ni orang yang approach aku hahaha. Oh lupa, kalau teringin nak jadi hebat macam Messi pon boleh try "tanya saya bagaimana" kat aku okay. Aku nak kongsi sikit je lah, Herbalife ni tak pernah claim dia ni ubat yang boleh sembuhkan penyakit, tapi secara logik akal nya bila korang dah telan good nutrition, mestilah badan pon secara automatisnya menjadi sihat. Betul tak Dr. Hani, Piko dan Debby? Hahaha :DD

Okay lah aku rasa aku macam dah type panjang sangat je, tanpa gambar pulak tu. Mesti para pembaca aku merasa sedikit bosan dan pening lalu meng-skip skip baris ayat beserta perenggan sekali kan? Haa jangan tipu aku, sebab aku bila baca blog yang panjang sangat pon macam tu. Sama je kita! Hehe. Dah lah selamat pagi para makhluk alam semua. Saya doakan anda semua yang membaca ni sihat serta sentiasa menjalani kehidupan yang sihat sihat belaka. Amin. :)

Friday, May 20, 2011

The world can't change my dreams, but my dreams can always change the world.

He used to be my classmate for 5 years, we had the-almost-same handwriting, we almost studied in the same field which is architecture but I changed my mind just before I submitted my form online, we both had our awful-break-up and shared the pain with each other, both of us had just finished with our last semester of diploma, and now both of us are being very ambitious in dreaming of pursuing our studies in UK. 

Thank you God, for the 8 years of friendship. Alhamdulillah. :')
It's your birthday today! Or should I say yesterday? Okay I know this post is like waaaaaay too late but sorry dude, I'd planned to write this a little bit earlier but something came up so I had to postpone it. Sorry again! So, you're 21 huh? You're old, hey old fag! Ahaha no I'm just joking. You're my coolest best friend ever. Even though we don't see each other often, we'd always be there for one another when we need each other right? Enjoy being an old man! Can't wait for the roadtrip, I hope it will come true. Tralalalalala. 

"The latest picture(2011) of us."
I know I know, I forgot to mention, we share the same hairstyle too. Okay, it's not a style, it's our original hair, CURLY CURLY PERM!

"An old picture(2008) of us with our cute faces."

On top of all, I wish for your success in whatever you do, wherever you go and who ever you're with. I hope that we'll be friends forever and ever and ever and please find a decent girl to be your wife so that she'll suit your crazyness and with that, I can be friends with her and we can still be best friends even though we're married. Have a wonderful day, just as wonderful as you are to me. 

HAPPY BIRTHDAY AHMAD SYAHMI!

P/S: Tolonglah appreciate aku edit the first picture pakai paint tau tak! Photoshop tak boleh pakai pulak time time ni, sampai nak terkencing-kencing crop gambar kau tu! Nasib baik comel, senang hati tengok sambil edit hahaha. 

Friday, April 29, 2011

My love's too big for you, my love.

Instead of studying or sleeping, I chose to write something here.

Hi everyone, I'm in the midst of wrapping up my Diploma life. I have 2 subjects to go and one is tomorrow, umm I meant this evening, the other one will  be on Saturday morning. I know that it is too good to be true but seriously, the level of focus on my final exam that I have by now is only like 30% ? I spend most of the time lying on the floor or my bed and remembering all the memories that I had here, leaving me in full speed of sadness and in no mood of studying. To make it worse, I feel like a bummer.

I really need a spirit booster. Okay just ignore me, everyone had tried their best to comfort me, boost up my spirit but it is just me, and I feel empty inside as goodbyes is my pure weakness. Apart from that, I know that I should not get too carried away with those thoughts, but I just can't. Or maybe I can, but I didn't try. Maybe I'm just too scared of not having them beside me all the time anymore.

Despite everything, I would like to thank everyone who had lighten up my life, you guys had painted the white canvas of my life with very beautiful colours. Loves. 

I know I've said this for quite a few times but I'm gonna say it again; I never thought that I would love you guys this much, each one of you, and that makes it even harder for me to see all of us drift apart.

Goodbye:

Farah, Syida, Ainaa, Dalila, Baby Farahin
"Budak Rumah" / Sengkang Boys (Agus, Azhari, Faizul, Muiz, Syafiq, Musa)
Part 1 SMK Wing 2A (Nurul, Nadia, Shikin, Zati, Ayu)
Sajrah, Nissa, Intan, Ain
PPG (Mira, Nazira, Edurra, Nadiah) and Ilham
Azie, Mel, Jiha
All of Investment Analyst
Tutee & Fara
Part 4 (Wawa, Za, Syafi, Syida, Faras, Farad, Kiki, Mujel, Adam, Afifi, Naguib)
Miss Didee, Miss Intan, Miss Maizura and all lecturers 
ELS Dear :'(
Housemates & Neighbours
Every particular person in Uitm Johor

Landlord (Uncle and Aunty)
Abang Pot Black (for the free songs during karaoke)
Abang Anjung Paling Hensem (for serving us and for those funny jokes during dinner)
Uncle and abang Cendol (for the best cendol ever)
Uncle Ted (for chopping off my hair)
Tumini Atan and Basikal (for the cheapest lunch for us everyday!)
Cik Da, Cik Faizal and Saufianim
McD, Secret Recipe, US, Pizza Hut, KFC, Mawa D Village, Old Taste, Kopitiam
Hotel Villa
Giant, Upwell, Nirwana, 7E
Uncles and Aunties of all the convenience shop
Shell & Petronas

and the smell of Segamat, Johor.

I'm gonna miss all of you and all these like hella good.

P/S: Special thanks to Azhari for lending me his favourite pillow, for me to cry on, I'll return it back to you tomorrow. :')





Thursday, March 17, 2011

Even the best of friends must part

Hello selamat tengah hari kawan kawan :)

Harini saya tak ada kelas, eh silap ada kelas pagi tapi pensyarah pula tak kunjung tiba. Malam ni final dinner kitorang. Nervous sangat sebab tu lah post kat blog. Mesti orang pelik kan, nak dinner pon nak nervous. Ala bukan nervous sebab apa, sebab this will be our last dinner so dah terasa aura aura sedih tu. I did the montaj untuk final semester student. Semalam masa buat tak rasa apa apa, rasa macam bosan gila video aku buat ni, tapi tadi bila tengok balik dah start rasa sedih dah. Sigh, I just hate goodbyes.

Oh, malam ni saya mungkin menyanyi on stage dengan Ainaa Abdullah, lepas tu Agushudi Muhsin dengan Noor Amirah Ahmad nak bersajak, Azzali Zainoldin dan Muizuddin Mohd Shah pulak main gitar. Adoi lagi lah nervous. Nanti pukul 2 nak pergi practice kat campus. Dah lah hidung tengah sumbat, sure sumbang lah nanti. Malu lah pulak, boleh tak nak cancel last minute? Nak pakai dress malam ni pon nervous gak, nanti berapa orang je yang bersemangat, orang lain tak pon. Macam mana? 

Tak sangka sedih macam ni nak habis diploma. Dulu masa part 1 selalu rasa macam ala tak ada pape lah bukan rapat sangat pon dengan diorang ni semua. Lagipon zaman muda muda tu kan dah berpunya so memang kawan dengan perempuan je. Tak rapat pon dengan lelaki hehe gedik kan? Yang paling penting tak sedar pon kewujudan lelaki kat sekeliling dulu dulu, semalam masa buat slide tengok gambar lama lama baru perasan yang rupanya lelaki lelaki tu semua ada je kat mana mana kitorang ada, and kalau celebrate pape ada  haha. Lawak betul. Since sekarang dah jadi bestfriends dah dengan diorang semua, and rapat sangat dengan classmates, lagi lah jadi sedih.

Nak tau tak, kepala otak saya ni macam filem tau sebab dia suka flashback benda benda yang dah jadi, ingat satu satu macam dalam filem tu lah. Haha pastu minggu lepas kan, eh tak minggu lepas sangat pon, awal minggu ni je, tah kenapa tah tak bertegur sapa dengan kawan kawan lelaki tu. Datang class diam je dorang tak cakap apa pon, saya pon diam je pastu tak pernah pernah selama 3 bulan ni kena tinggal time lunch, Monday tu keluar class tengok dorang dah lesap dah. Sekali jumpa masa nak makan, kat kedai sama tapi duduk meja lain lain jauh jauh tak tegur pon. Sedih sedih.

Petang tu Agushudi lah start tegur, dia cakap "Hmmm yinn jom pergi makan?" Lepas tu saya cakap " Eh bukan ke korang dah lupa kat yinn?" Dia diam je, lepas tu kitorang pon buat lah heart to heart conversation, Faizul ada sekali dia sampai sebak sebak, Adzrin mestilah dah nangis dah. Ainaa teman je kat tepi, Musa dengan Azhari pulak datang and masa dia datang tu saya tengah cakap "Aku tak tau lah salah aku ke, salah korang ke, pening dah aku..." dan Azhari dari jauh terus jawab "Tak yinn bukan salah kau" ke apa tah macam tu lah. Kitorang cakap cakap cakap, apologize semua, and saya ternampak kelopak mata Azhari basah, dia pon sedih jugak.

Kesimpulannya nasib baik all is well before dinner malam ni, kalau tak mesti sedih gila tak bertegur time dinner. So, malam ni boleh lah tangkap gambar banyak banyak, nyanyi sama sama. Nanti sem depan dah tak dapat dah macam ni. Kalau masuk Uitm balik pon untuk degree, bukan nya satu course dengan semua ni balik kan? Kalau pergi UK lagi lah. Now kena cherish every moment! Dah settle dinner, kena bersatu padu untuk siapkan final project and also final presentation.

Okaylah, toilet memanggil pulak. Nak weeweeweee, jumpa malam ni okay kawan kawan. Harap harap bawak tissue lah satu kotak, takut sedih sangat pulak nanti kan? Anyway, consumer Herbalife yang on programme jangan lupa minum shake and tea! Lagi lagi Muzill Mustakim, nanti dah hensem kita kahwin okay? Hehehehehehe :P So siapa nak kahwin awal minum lah shake and tea. 

Haha okay saya main main je.
Selamat tinggal semua orang yang disayangi!

Lagu untuk kawan kawan tersayang kat Johor ni:
Mata bertentang mata, adakah kau terasa cinta kian memekar di hati kita? Kau istimewa paling utama yang satu, betapa manisnya senyumanmu. Debaran penuh makna, kelu tidak terkata sering kali terjadi bila kau disisi. Namum yang pasti membuat ku jatuh hati, oh manisnya, manisnya senyumanmu. :D

Sunday, February 20, 2011

Though we tried, you can't deny we're left as shells, we lost the fight.

Semua rasa tak kena, entah kenapa. Emosi tak stabil, kadang kadang gembira, kadang kadang sedih, rasa kosong. Rasa kosong tanpa sebab, dengar lagu dan tanpa aku sedar, air mata mengalir laju. Mungkin sebab lama sangat tak balik. Dah besar pon boleh homesick jugak kan? Okay, homesick.

Semua benda tak kena, hari tu pms. Menangis sehari suntuk, orang lain salah cakap sikit, menangis, orang menanyi lagu tak kena, menangis, orang tegur, menangis, sambil makan menangis, bila masuk tandas, baru dapat jawapan. Oh, pms. Tapi sekarang bukan pms, memang tak tau kenapa.

Semua rasa tak kena, sebab semua benda memang tak kena. Tak tau apa yang boleh menggembirakan. Apa ya? Cakap lah dengan sesiapa pon, tak gembira gembira jugak. Kesian kesian. Nak cakap dengan mummy? Lagi lah tak boleh, banjir satu segamat ni lagi.

Semua rasa tak kena lagi, dah cakap dengan mereka mereka yang boleh dipercayai, tapi tak tenang lagi. Jawapan dia, aku pon tau sendiri, solat, cakap dengan Tuhan, mesti Tuhan dengar. Kan?

Thursday, February 3, 2011

You'll only find a few people in this world who will tell you they love you and mean it with all of their hearts

Cerita Seorang Mak Yang Comel
Feb 2, 2011 
(Texts between 013-xxxxxx7 & 013-xxxxxx5)

16:44:01
Agussss

17:12:46
Yinnnn...kenapeeee...competitor awak dah delisted ye? (For those who doesn't understand this, a public listed competitor is needed to make company analysis, our final project paper)

17:15:46
Hahahaha. Yup. Tapi saya text awak bukan sebab tu.

17:15:48
Abes tuuu?

17:17:33
Nak suruh bagi semangat sikit. Harini lemah je. Tak buat pape selain tidur.

17:18:27
Pergilah mcD yg oi...

17:20:39
Buatpe gi mcD?

17:25:57
Sebab kat sana ada smiley and prosperity...and kat sana pon ada memori yang boleh ying kenang2 sambil nyenyum sorg2~ :)

17:40:05
Memory apaaa?

17:42:56
Sem lepas kan kita lepak mcD sampai larut malam buat kerja sambil amek gambar macam orang gileee...fun ooo...

18:20:40
Yin pernah dengar tak cerita seorang mak yang comel sentiasa tabah dan kuat semangatnyee~ ?

18:22:28
Hmmmmmmmm.

18:28:37
What happen to that mak?

18:34:32
Saya pernah jugak menginterview tentang seorang emak yang disegani kat tempat saya belajar...antara jawapannya:

"...beliau seorang yang tabah orangnya, dan ramai yang suka berkawan dengannya..."

"...oh!dia?..wow...sangat cool k?even sometimes agak emotional...tapi beliau lah tempat kami mengadu..."

"...hehe,beliau sangat mengambil berat tentang orang lain and sensitif dengan perasaan orang lain...and she's cool man!..."

"...tak,bagi saya dia biasa2 je...tapi apa yang saya cakap tu saya tipu je!hahaha...siapa yang tak hormat dia?dia kuat semangat,kreatif and caring ok?kalau saya ada peluang,saya nak kahwin dengan dia!..."

"...she's gonna be the first woman prime minister in Malaysia...she's gorgeous and patient!..."

"...tak,beliau ada saja kepala otak nye untuk selesaikan masalah...sangat pintar dan tangkas...and I'm gonna fall in love with her when I'm available..."

"...adorable,strong,patient,responsible,care and cute!:)..."

"...dia baik orang nye, eh tak...atas kepada baik and atas atas atasnya lagi..."

18:43:40
Mak tu mak siapa? Anyway ni cerita betul ke rekaan semata mata?

18:46:51
Mak tu adalah kamu...
Kamu lah yang menjadi tempat untuk kami mengadu dan mengeluh...
Kamu lah yang memberi semangat kepada kami bila kami hilang semangat...
Ini bukan rekaan la makk...tapi inilah apa yang saya rase...:)

18:49:58
:'(
Sejak bila agus jadi wartawan melodi?

18:51:57
Alaaaaaa...janganlah nangis...nanti gambar kena snap kang jadi kontroversi...senyum2...macam ni...
:-) :-D ;-) B-)

18:54:25
Tengah tahan nangis lah ni. Sebab dalam kereta so malulah. Dah lah dari semalam moody nak nangis tak nangis nangis. Agus cakap macam tu terus sedih gilaaaa.

18:55:52
Alololoo...apsal ni?kenapa sedih2 ni?

18:57:01
Tak ada pape lah agus :)
Nape agus tiba tiba sms cakap macam tu eh?

18:58:11
Takdelah..nak lah tau juga punca kesedihan tersebut...mungkin boleh dibelasah ke...

18:59:28
Bukan. Maksud yin kenapa agus tiba tiba sms cerita pasal mak tu?
Yang pasal kesedihan tu nanti agus mesti tau punya. Heheh sekarang relax je dulu.

19:01:18
Bukan...ianya untuk memberi tahu...betapa hebatnya beliau and untuk mengingatkannya yang dia seorang yang kuat untuk mengalah...

19:09:27
Thanks agus :/
Sedih lah yinn macam ni,uwaaa. Taknak habis sem boleh tak. Agus,of all the things yang yin kuat, I hate goodbyes. That is my pure weakness.

19:13:24
Alolololo...relaxlah yin..masa untuk say good bye kan lama lg...so,kita enjoy sama2 as much as we can!..okay darling? :)

19:16:05
Hehe, rasa macam kelakar je haritu yin baru je cakap kat agus pasal ni. Bagus, agus dah pandai :D Aguslah yang buat yin sedih harini. Haha tapi takpe yinn kuat! :D

19:17:30
Hahahaa...karma kehidupan..hehe k lah udah senja ni...u take care okeyh?

19:19:26
Okay thanks a lot agus sebab sudi jadi wartawan melodi and berusaha menaikkan my spirit! Love uuuuuuuu! :D

19:21:29
Hahaha..Ok dear..takde hal mak anak kan?..hehe...love u tuututt..hihi.. (Agus malu! HAHA)
Agus & Yinn, during our event
both a kinetic person, both a leader, both are childish, Agus is taken, Yinn is single. 
but Yinn loves Agus' girl too, right Farahin? Because we're sisters. :)
and we cried over silly things together.
Thanks again Agus, you made my day. You make me remember who I am and where I'm supposed to be. You lifted up the spirit! Azhari did the same thing too today. He sent me the "semangat" through a text just now. :D Thanks guys! And another Goodbye? Oh maaaaan not again, after effing 3 years? Haih, I have to pray hard to God so that I could be as hard as the rock on our last day together aite? 

Good Luck for Viva! Love love love. :')

Monday, January 31, 2011

I'm just a little bit caught in the middle

When my blog is neglected, it’s a pretty good sign that I’m happy and busy." - @

Hello everyone! I was and still busy, because it's my final semester. There is so much to do and sooooo freakin little time! I'm in Johor Bahru now. Gonna spend the whoooooooole CNY holiday here! :) And I'm going to Singapore soon. But then again, it's raining non stop here in Johor, and somewhere else in the country I suppose? I've been sleeping the whole evening, just hoping for the rain to stop, but it didn't. Segamat is by flooded now, sobs sobs. I really wanna see how my house looks like now and I am so worried! Plus, I don't want the holiday to be extended, no no.

Since I'm not going back to Shah Alam, I'm gonna miss my friends the most, and Sunway Pyramid. Oh maaaaan. :/ I'm gonna miss Encik Bud the most, and Mak Suhar, it has been a while since the last time I met them. And oh, Fariz tooo, and Syahmi Cami Gila! Plus, everyone. I meant EVERYONE back in KL! You know who you are.

It's okay, I really need to sacrifice a bit, since I have to finish my Final Project progression right? I just need to be a little more patient, and once everything is done, sooner or later I'll definitely get to see them right? :) Plus, it's not that bad to be here in JB. Musa, Ubaidah, and Faizul are here. Fara Wahida, Nabilla Iskandar, Imran Marzuk, and later on Fariz will come back here! Yeayyyyyyyyyyyy! 

I really have to start working on my Viva (Final project) by now. Been procrastinating the whole day, and now I am here blogging, and not searching for the data that I need. I hope it will rain less tomorrow so that I will be more excited to finish my work. Okay, what is the connection? When it rains, I feel cold. When I am cold, I will be under the blanket all the time. If it's not raining, I can finish my work without any distraction of coldness of anything. Haha, stupid excuse but yeah whatever!

Hmmmm, I'm gonna miss my years in UiTM so much. Agus has been texting me on how sad he is about the society and friends. I feel him, the most. I cried during my last AGM. I cried almost everyday thinking on what would life in University be without them soon. Everything is coming to the end now, but we need to be strong friends! Be strong, Stay Focus! :))

My classmates :')

Now is time to sleep, now is to dream of Shah Alam, now is to dream Encik Bud, Mak Suhar and everyone. Tomorrow is to wake up early, tomorrow is to meet Musa and Faizul, tomorrow is to finish Industry Analysis.

Night, Loves. ^^,