Tuesday, September 13, 2011

We all go round and round, partners are lost and found.

Assalamualaikum selamat petang

Saya sedang bersenang lenang di rumah ni. Sambil minum shake, sebab lapar satu hari ke sana ke mari. Nasib baik ada shake kenyang diriku ini.

Sooooo, how's life huh? Haha tah pape gila soalan. Saja saja tanya macam tu, saya baru 2 hari buka semester baru untuk Bachelor. One word, TIRING. Ye lah mana tak penat, satu hari pergi panjat campus tu boleh settlekan satu benda je. Ni 2 hari, baru settle dua benda which is semalam dapat file hijau, harini dapat contact Penasihat Academic. Lain-lain, apa pon tak jalan.

Bachelor ni tak sama macam Diploma. 
Reason:
1. Dah tukar course from Diploma in Investment Analysis sekarang dah jadi Bachelor (Hons) in International Business. 
Ye, saya tukar line. Sepatutnya kalau course saya sambung Bachelor (Hons) in Finance. Akan tetapi yours truly ni terpaksa akur dengan takdir untuk berubah arah. Okay bukan salah takdir, saya yang menentukan sendiri. Saya yang memang tak nak buat Finance. Alaa nak cerita panjang panjang kenapa amik IB sekarang memang belit, senang cerita sebab PIN and password masa isi borang online tu hilang, bila jumpa dah tak sempat nak betulkan pilihan course. Hihi, my mistake I know.

2. Close friends cum family from Uitm Johor dulu semuaaaaa dapat Uitm Shah Alam.
Okay, ni part yang nak buat saya beremosi ni. Management Uitm kan dah pecahkan faculty kitorang kat dua tempat ikut courses, so Finance still kat Shah Alam, IB pulak kena transfer pergi Puncak Alam. So here I am now, buat Bachelor kat Puncak. The campus is not bad, surroundings okay, cuma nak kena berkenalan dengan course mates baru. Okay tak semua dapat Shah Alam, Intan dapat Puncak Alam jugak. Tapi tak rapat sangat pon dengan dia, okay okay je lah, tapi tak bercerita rahsia pon haha. Tapi dia pon dah ada kawan kawan from course lain. So all in all just nak kena adapt dengan new place. ( Tak berapa new pon sebab masa cuti dah kerja 2 bulan kat situ haha)

3. Belajar & duduk rumah sendiri dengan family setelah 8 tahun berjauhan.
Haha tragic sangat bunyi dia. Betul apa 5 tahun duduk hostel (Semashur) 3 tahun duduk kat Johor (Diploma Uitm) tiba tiba duduk rumah pulak sekarang, sorang sorang pulak tu. Adik badik semuaaaa belajar kat Arau lah, Kuantan lah, Cyberjaya lah. Jadi anak tunggal lah saya sekarang ni. Boring gila asyik kurung diri dalam bilik, drive pergi class sorang sorang paling tragic T_T. Dulu tinggal kat hostel dan kolej dgn beratus orang, duduk rumah sewa dengan 10 orang, naik kereta beramai ramai, nyanyi lagu sama sama, happy nangis sama sama, gossip sampai tertidur. Sekarang ni gossip dengan mak je lah ye. Itupon dia balik kerja dah penat, tidur awal. Takpelah, balas jasa ibu bapa pon apa salahnya kan? Ni lah masa nak berbakti kat rumah and mereka sementara masih ada masa. :)
*okay sambung mengarang balik. tadi mummy call lepas tu dia merajuk sebab saya tersalah menggunakan nada bercakap di telefon. harap maaf mummy*


4. Selama ni share duit minyak kereta, sekarang share dengan diri sendiri.
Dulu naik kereta orang, kalau nak guna baru isi minyak, sekarang bawak kereta sendiri, guna tak guna kena isi minyak, mahal, ulang alik jauh, panjat puncak, kena rempittttttttttttzzz okayzzz. -__- Tak boleh bawak kereta slow slow nanti rasa macam tak sampai sampai kat campus. Teruk betul macam ni. Tapi takpe, kena cari gang, tadi dah jumpa sorang budak BJ yawll. Nanti boleh car pooool. Mandi swimming pool pon boleh.

5. BECAUSE IT'S BACHELOR BABY, NOT DIPLOMA!
Haha kan tu reason paling senang. Well, baru 2 days je pon. Nanti dah happy, galak bagai tak ingat apa tak emo langsung. Ahaha, kawan kawan bersedialah untuk lupakan saya, saya nak lupakan anda semua ni. Ngeheheh lagi lagi Syidaaa, asyik rindu je dia tu sampai demam terus. Kesian awak, alah I'm just one call away, selang beberapa section di Shah Alam sahaja. :D 


So, that's all for today. Tengok lah kalau free and rajin saya akan post apa apa lagi ya.

Take care, Garnier. 
Because it's Maybelline. 

Lol, buh bye lovesssss!

2 comments:

Anonymous said...

Kita pun ingat nak sambung IB, tapiii, nantia de new course for DIIA student -- bachelor (hons) in Investment Management. Kat Sgmt T_T
Huhuu.

::ayn:: said...

Nak amik investment management like seriously nak! T_T