Pernah tak rasa rindu sangat kat orang yang korang tau korang tak sepatutnya rindu? Mesti pernah kan? Persoalan pertama, kenapa tak sepatutnya rindu? Sebab pertama: Orang yang korang rindu tu bekas kekasih yang pernah sakitkan hati kaw kaw shit? Sebab kedua: Orang tu ialah artis yang tak kenal korang langsung? Sebab ketiga: Orang tu ialah secret admire korang yang korang tak pernah bertegur sapa pon. Sebab keempat: Orang tu ialah kawan korang yang pernah ada masalah dengan korang tapi tak pernah nak settlekan dengan cara baik? Dan banyak lagi lah kan sebab sebab lain yang munasabah untuk kategori "tak sepatutnya rindu" ni.
Dalam kes aku, aku taknak lah bagitau dia duduk dalam sebab ke berapa sebab aku tak mention pon sebab apa aku cakap orang tu tak patut aku rindu. Tapi memang munasabah betul lah sebab apa aku tak patut rindu orang yang aku rindu ni. Kejap, aku sebenarnya tak pasti jugak yang aku ni rindu dia ke apa, yang aku tau dia selalu sangat sangkut kat kepala otak aku. Kalau aku tengah tak buat apa apa mesti teringat, kalau tengah buat apa apa pon kadang kadang teringat jugak. Ni aku tengah menulis ni sebab teringat lah kot, tadi tak ingat pon, tapi lepas pilih nak letak status tu, terus teringat.
Siapa dia manusia yang aku teringat sangat ni? Itu pon aku taknak bagitau. Kalau korang nak korang main teka teka lah, mungkin dia ex aku, mungkin dia kawan aku, mungkin dia family member aku, atau mungkin dia siapa siapa je lah kan. Aku tulis ni pon sebab aku rasa macam nak salurkan beban di kepala otak ni supaya aku tak ingat sangat. Ceh ceh beban lah sangat kan? Tak beban pon, biasa biasa je lah tak effect apa pon, kan dah habis diploma, tak ada apa sangat nak fikir haha. Sila jangan cemburu. Eh cemburu? Weird gila guna perkataan tu hahahaha.
Sebenarnya aku tengah cari sebab ni, kenapa makhluk Allah yang sorang ni boleh sangkut dalam kepala otak aku. Padahal banyak lagi orang lain boleh sangkut kan? Bagi lah Johnny Depp ke, emm siapa lagi artis hensem hensem? Okay aku tak kenal artis, patut pon tak boleh nak sangkut haha. Aku boring sebenarnya ada dalam keadaan macam ni, ada rasa tak seronok. Ala aku cerita lah sikit, dia ni sebenarnya rapat dengan aku sebelum sebelum ni, lepas tu ada benda jadi buat kitorang jadi tak rapat. Lepas tu dah make up balik, settle kan benda tapi entah settle tapi tak habis kot. Lepas tu benda tak jadi macam dulu balik, maksudnya macam masa sebelum ada masalah tu lah kan, so aku rasa macam tak sedap.
Entah lah, sedih jugak kadang kadang fikir, lepas tu tengok gambar gambar lama mahupun baru. Rasa macam ruginya lah bergaduh berperang dingin bagai. Kan bagus kalau masa masa tu digunakan untuk merapatkan silaturrahim, mesti perasaan macam ni tak wujud. Kan kan? Setuju tak setuju? Tolong lah setuju please. Tapi nak buat macam mana jugak kan, itu dah tertulis, takdir Tuhan. Aku tak salahkan takdir pon, jangan risau.
Tak apa lah, yang dah lepas tu biarlah lepas. Aku tau cakap je memang senang, sebab aku ni lagilah jenis walaupon benda tu dah berlalu, selagi tak ada jalan penyelesaian, selagi yang bersalah tak mengaku salah, selagi benda yang sepatutnya buat tak dibuat, selagi tu lah hati aku tak tenang. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Hah, aku pon tak tau apa kena mengena dengan pepatah tu.
Wah aku tak sangka dah panjang dah aku membebel ni. Dulu aku pernah tanya si dia yang aku teringat ni, aku rasa aku ni banyak sangat bercakap membebel apa semua, patut ke aku jadi pendiam je atau berubah ke apa ke, dia ni terus bangkang cakap tak payah, "kau jadi je diri kau". Yelah betul lah tu, tapi dia pon jarang jarang nak bercakap dengan aku lagi, apatah lagi nak dengar aku bercerita dan membebel kan? Dulu aku selalu lah jugak berkongsi cerita dengan dia. Tapi itu semua hanya sementara. Hanya lagu yang menjadi ingatan, hanya lagu yang menjadi kenangan. Eh termenyanyi pulak haha.
Dah lah, taknak cakap pasal tu lagi, sekarang nak cakap pasal cuti 4 bulan. Aku setakat ni duduk rumah je lah tak bekerja lagi. Oh tak tak, aku lupa pulak aku ni Independent Distributor Herbalife. So aku ni kira macam sentiasa employed lah walaupon unemployed kan? Hah sesiapa yang rasa rasa macam nak cuba product Herbalife ni tapi segan ke, malu ke, ragu ragu ke, tak yakin ke, boleh lah tanya aku. Kalau malu nak tanya kuat kuat, bisik je lah kat telinga aku ke?
Tapi jangan risau lah, product ni Insyaallah setakat ni memang berkesan. Bagitau je apa masalah korang, banyak lemak, kurang lemak, nak otot lebih, nak ramping macam semut, nak kulit licin macam aku, eh bukan macam tomato ke, tengah mengandung, lepas mengandung nak turunkan berat jadi anak dara balik, semua masalah tu Insyaallah dah ada orang yang pernah selesaikan guna produk Herbalife ni.
Tapi jangan risau lah, product ni Insyaallah setakat ni memang berkesan. Bagitau je apa masalah korang, banyak lemak, kurang lemak, nak otot lebih, nak ramping macam semut, nak kulit licin macam aku, eh bukan macam tomato ke, tengah mengandung, lepas mengandung nak turunkan berat jadi anak dara balik, semua masalah tu Insyaallah dah ada orang yang pernah selesaikan guna produk Herbalife ni.
Aku pon tak suka jugak nak kepoh kepoh, aku tak reti pon nak approach orang, tapi setakat ni orang yang approach aku hahaha. Oh lupa, kalau teringin nak jadi hebat macam Messi pon boleh try "tanya saya bagaimana" kat aku okay. Aku nak kongsi sikit je lah, Herbalife ni tak pernah claim dia ni ubat yang boleh sembuhkan penyakit, tapi secara logik akal nya bila korang dah telan good nutrition, mestilah badan pon secara automatisnya menjadi sihat. Betul tak Dr. Hani, Piko dan Debby? Hahaha :DD
Okay lah aku rasa aku macam dah type panjang sangat je, tanpa gambar pulak tu. Mesti para pembaca aku merasa sedikit bosan dan pening lalu meng-skip skip baris ayat beserta perenggan sekali kan? Haa jangan tipu aku, sebab aku bila baca blog yang panjang sangat pon macam tu. Sama je kita! Hehe. Dah lah selamat pagi para makhluk alam semua. Saya doakan anda semua yang membaca ni sihat serta sentiasa menjalani kehidupan yang sihat sihat belaka. Amin. :)
3 comments:
macam tau je sapaa. hihihihihi. pergi je la dekat dengan orang tu selesaikan apa yang belum selesai kakk.
Haha shaddap!
pasal herbalife sikit je???
Post a Comment