Monday, March 5, 2012

Hope for the best, just don't expect it.

Hellooooooooooooooo everyoneeeeeeeeeeeeeeeeeeee !

Ye saya tau, 8 tahun sekali baru saya update blog miahahaha. Busy lah weh nak buat macam mana kan, lagi pon banyak tempat lain untuk meluahkan perasaan so sekali sekala tak sengaja lah terabaikan blog ni haha. Kalau online buka blog semata mata nak tengok header je pastu tutup.

Esok start sekolah balik! 4th semester for degree. Dup dap dup dap. Dengan tak prepare nya, I hope everything goes well nanti, Insyaallah. Semester baru ni azam pon kenalah baru, which is nak study everyday macam the next day ada final exam. Haa besar kan cita cita, azam memang kena ambitious sikit, so kalau tak dapat catch the sky, I can still fall on the clouds. Eh ke apa benda tah saya merepek ni ?

Anyway, my semester break was awesome. Was lah kan dah habis dah, sekarang ni lah last lagi berapa jam nak kena masuk class mengadap whiteboard tengok muka lecturer telan air liur sebab lapar pastu peluh peluh naik turun tangga. Tak apa, semua effort tu Insyaallah worth it for the outcome. I'm pretty sure this semester will be as fast as Ferrari jugak macam last semester so kita kena go, go, go, move forward laju laju belajar pandai pandai nanti nak sambung Masterika pula kaaaaan ? Insyaallah, Ameeeeeeeen.

Weh bukan ke tadi nak cerita pasal semester break? Ala takpe lah tak payah cerita sebab dah bagitau dah semester break best, dapat kawan kawan baru, pergi jalan jalan sana sini, spent time dengan family and kawan kawan, dapat result exam best, Alhamdulillah. Berbaloi lah menggigil menangis dalam exam hall, mengadu stress dekat kawan setiap hari sepanjang sebulan exam, makan tidur tak teratur, dan bermacam macam lagi.

Tapi dalam kegembiraan semua ni ada jugak kesedihan, we lost our dear aunty Badariah, Farah Ain's mak. Al-Fatihah Makcik, kitorang semua rindu kat sini. Rindu jugak kat arwah Opah dengan Tok Lan dengan Epol. Satu hari nanti kita semua jumpa balik dekat 'sana' Insyaallah. :')

Sekarang dah pukul 155am jadinya saya perlu prepare untuk hari esok, nak kena tidur awal ni sebenarnya, tapi tak apa sebab saya dah berubah sekarang, dah bangun awal pagi setiap hariiiiiiiiiiiii. Itu lah pencapaian dan perubahan paling hebat diri sendiri kalau nak bandingkan dengan sebelum sebelum ni. Syida biha hani semua kalah lah sekarang haha. Tu maksudnya saya dah besar matang gagah perkasa sikit daripada mereka semua huahuahua.

Oh ya, dikesempatan ini juga I wanna thank everyone yang belanja saya pelbagai jenis makanan dan minuman sepanjang seminggu birthday celebration saya. Hahaha sila jangan jealous ya, they celebrated my 22nd birthday for a week. I'm a happy girl ! Perut pon happy jugak lah hehe tapi kena lah minum shake banyak banyak lepas tu. Thank you again everyone bawak saya pergi Laman Grill, MMZ, Serai, Carls Jr, Teh Tarik Place, Ayers Rock, Chawan, Mahbub, Starbucks, Pelita, Red Box, Ayam Penyet, Nandos, Tea Pot Deli, dan Ikea. I can't believe I went to all of these places in a week, more or less. T_T *guily pleasure*

So yeaaaaah the clock is ticking, my time is running out. Need to pack some stuff and then off to bed I go.  Have a good sleep everyone ! And pesanan untuk orang jauh, jangan ponteng class (jauh mana tu tak tau lah hehe). ^^,

Byebye, lovelies !

No comments: